Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia:
20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan
Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Seorang keturunan
Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja
Bugis yang berasal dari Daerah
Luwuk,
Sulawesi. Semasa pemerintahan
Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai
mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Pejuang bangsa
Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang
British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti
Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai
Dato' Sagor) dan
Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh
James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch),
Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat
Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh
Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada
21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada
2 November 1875 di
Pasir Salak oleh
mahkamah yang bersidang dari
14 Disember hingga
22 Disember 1876 di
Matang, Perak. Beliau dijatuhi
hukuman gantung sampai mati pada
20 Januari 1877 di
Taiping.